Tak perlu muafakat kalau berebut kerusi - Saarani

Tak perlu muafakat kalau berebut kerusi – Saarani

SAARANI Mohamad (dua kiri) melihat katil dan kerusi roda yang disumbangkan pada Pelancaran Skuad Up2date dan Penyampaian Sumbangan Murid Berkeperluan Khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Asas kepada permuafakatan antara dua parti politik perlulah saling menyokong tetap jika berlaku perebutan kerusi, kerjasama seperti itu perlu dilupakan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan berkata, kerjasama antara dua parti politik sepatutnya perlu saling menguatkan antara satu sama lain.

Menurutnya, ini bagi memastikan permuafakatan berkenaan dapat dijayakan. 

Bagaimanapun Saarani, berkata sekiranya berlaku perebutan kerusi sehingga melemahkan antara satu sama lain, ia patut dilupakan. 

“Saya berpegang muafakat ini mestilah saling sokong menyokong antara satu sama  lain dan bukan saling merebut kerusi dan kemudian melemahkan antara satu sama lain. 

“Kalau itu boleh buat,  ya tetapi kalau tidak boleh buat, contohnya tentang berebut kerusi kawasan dan pertelingkahan itu akan menyebabkan kedua-duanya  menjadi lemah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Pelancaran Skuad Up2date dan Penyampaian Sumbangan Murid Berkeperluan Khas di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. 

Saarani ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid pada Sabtu lalu yang memberi bayangan mustahil untuk gagasan MN diteruskan jika Pas terus memperlihatkan sikap ‘talam dua muka’.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, parti itu mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tetapi juga tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti tersebut.

Jelas beliau, UMNO sudah memberi cukup ruang dan peluang kepada Pas untuk meneruskan program penyatuan ummah menerusi MN tetapi sikap parti itu tidak ke arah itu.

Justeru, beliau berpendapat adalah lebih baik untuk kedua-dua parti melupakan hasrat menggunakan gagasan MN untuk menghadapi PRU-15. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN