PUTRAJAYA: Undang-undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti bakal dilaksanakan pada tahun depan jika Rang Undang-Undang (RUU) itu dibentangkan di Parlimen pada Julai ini. Bagaimanapun RUU tersebut boleh berkuatkuasa September ini sekiranya dibentangkan pada Sidang Khas Parlimen yang turut dicadangkan oleh pelbagai pihak agar diadakan bulan depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penguatkuasaan sesebuah undang-undang termasuk Larangan Ahli Dewan…