SHAH ALAM: Calon jawatan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail yakin mempunyai pengaruh untuk memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan PKR kali ini bagi menewaskan Ahli Dewan Negara, Senator Fadhlina Sidek. Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor itu, aspirasi yang dibawanya dilihat dapat diterima sebahagian besar penyokong partinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Ahad lalu, saya melawat 10 cabang PKR di Perak dan melihat majoriti ahli parti…