Remaja rempuh pekerja pemotong rumput pandu MPV tanpa kebenaran keluarga - Utusan Malaysia

Remaja rempuh pekerja pemotong rumput pandu MPV tanpa kebenaran keluarga

Dua pekerja pemotong rumput yang meninggal dunia dan cedera selepas dirempuh sebuah MPV dipandu remaja bawah umur di Jalan Pintasan Semeling, Bedong, Sungai Petani, Kedah, awal bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Remaja yang merempuh dua pekerja pemotong rumput bukan sahaja memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan sahaja tidak memiliki lesen memandu tetapi juga tanpa kebenaran dan pengetahuan keluarga.

Dalam kemalangan pada pukul 11 pagi semalam, salah seorang mangsa terlibat yang merupakan warga Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata siasatan awal terhadap remaja terlibat yang ditahan sebaik kejadian itu berlaku mendapati dia mengaku menggunakan kenderaan itu di luar pengetahuan keluarga termasuk bapanya.

Katanya, remaja tersebut yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di sini memandu kenderaan itu ketika keluarga tiada di rumah mereka di Bandar Laguna Merbok di sini.

“Bapa remaja itu bersama ahli keluarga lain tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan manakala kunci kereta ditinggalkan di rumah mereka. Kesempatan itu diambil remaja berkenaan untuk memandu kenderaan itu sebelum dikesan terlibat dalam kemalangan maut semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian itu, pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, maut akibat parah di kepala.manakala rakan senegaranya, Jamal Husson Fozol Haque, 33,  pula patah bahu kanan dan mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.

Selain itu, beliau memberitahu, polis juga telah mengambil keterangan remaja terbabit sebelum dibebaskan semalam.

“Pihak kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya.

Zaidy menambah, ujian saringan air kencing terhadap remaja itu pula didapati negatif dadah.

Katanya, siasatan turut mendapati remaja itu memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok sebelum merempuh dua pekerja pemotong rumput yang ketika itu sedang berehat di bahu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya