Reformasi politik antara tumpuan BN Johor dalam Sidang DUN

Reformasi politik antara tumpuan BN Johor dalam Sidang DUN

HASNI Mohammad (dua kiri) menyampaikan duit raya sempena Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Pontian dan DUN Benut di Dewan Jubli Intan Pontian, Johor. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Reformasi politik menjadi agenda utama selain ekonomi dan kesejahteraan rakyat dalam persidangan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, 16 Jun ini.

Pengerusi Barisan Nasional Johor (BN), Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, reformasi politik juga terkandung dalam Ikhtiar BN semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu.

Katanya, tumpuan tersebut antara lain melihat kepada persempadanan DUN bagi memastikan tiada kawasan yang terlalu luas supaya pengundi mendapat kemudahan yang mencukupi.

“Sebagai contoh kawasan saya di Benut hanya mempunyai 28,000 pengundi berbanding Kota Iskandar 119,000 pengundi iaitu satu jumlah yang cukup besar.

“Perkara tersebut perlu dibincangkan secara lanjut dalam satu jawatan kuasa pemilih bagi melihat beberapa perkara penting sebelum dapat dibawa kepada Persidangan DUN untuk perbahasan,” katanya pada Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Pontian dan DUN Benut di sini, hari ini.

Tambah Hasni, bagi tujuan tersebut, BN Johor akan mengadakan perjumpaan bersama 40 wakil rakyat BN bagi membincangkan beberapa perkara untuk mengisi persidangan tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.