Rasuah: PAC panggil Kementerian Kewangan, SPRM 

Rasuah: PAC panggil Kementerian Kewangan, SPRM 

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kementerian dan agensi kerajaan lain untuk memberi penjelasan berhubung pengauditan terhadap perolehan dan perbelanjaan kerajaan bagi perkhidmatan perubatan yang didakwa berlaku penyelewengan rasuah. 

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, pihaknya menggunakan punca kuasa selaras di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1) dan Peraturan Mesyuarat 77 (5) Peraturan-Peraturan Majlis mesyuarat Dewan Rakyat dan Seksyen iii, Perkara 11 (b), Pekeliling Am No. 2 (1982) untuk memanggil kesemua pihak terbabit. 

Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP itu berkata, hal itu diputuskan setelah beliau memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara kelmarin supaya Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan khas terhadap perolehan dan perbelanjaan kerajaan untuk khidmat perubatan ketika negara berdepan pandemik Covid-19. 

“Ini termasuk isu penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan dan pakej-pakej rangsangan yang diberikan kerajaan sebelum ini. 

“Pengauditan ini harus disegerakan dengan dapatan dan hasil dibentangkan kepada PAC supaya jawatan kuasa ini dapat mengenal pasti wujud unsur penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan kuasa dalam perolehan perkhidmatan perubatan ini. 

“PAC tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi ucaptama pada Forum Antirasuah Malaysia Ke-3 (MACF) mendedahkan, wujud aktiviti penyelewengan rasuah membabitkan perolehan perkhidmatan kesihatan yang tidak dihebahkan kepada umum. 

Bagaimanapun, pihaknya telah melakukan siasatan lanjut antaranya membabitkan salah guna kuasa dalam agihan bantuan dan pakej rangsangan ekonomi, peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (topeng muka dan sarung tangan) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan lebih rendah. 

Satu  lagi sumber SRPM memberitahu Utusan Malaysia, beberapa siasatan melibatkan elemen rasuah masih diteliti dan diteruskan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya