Ramai sudah sampai kampung,  trafik di lebuh raya makin pulih - Utusan Malaysia

Ramai sudah sampai kampung,  trafik di lebuh raya makin pulih

MAT KASIM KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 678,734 kenderaan terus menerus meninggalkan ibu negara sejak tengah malam tadi untuk pulang ke kampung  menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Aliran trafik mula menurun 12.53 peratus berbanding 10.1 juta kenderaan direkodkan bergerak pada 29 April sehingga semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim berkata, berdasarkan rekod JSPT, Bukit Aman, sebanyak 430,676 kenderaan mula meninggalkan kediaman masing-masing sejak pukul 12 tengah malam tadi sehingga pukul 10 pagi ini. 

Menurut beliau, Lebuh Raya Utara – Selatan (PLUS) mencatatkan jumlah kenderaan tertinggi sejak tengah malam tadi sehingga 10 pagi ini apabila sebanyak 300,116 kenderaan bergerak melalui PLUS.

Kata beliau, sebanyak 31,071 kenderaan lagi direkodkan di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dalam tempoh sama.

“Bagi Lebuhraya Pantai Timur pula, sebanyak 65,018 kenderaan bergerak keluar melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) manakala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dengan 17,213 kenderaan.

“Di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), sebanyak 17,258 kenderaan telah melalui laluan di situ untuk pulang ke kampung,” katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan lebih 14 juta perantau pulang beraya di kampung halaman bermula Jumaat lalu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, kesesakan dilaporkan berlaku di beberapa lebuh raya utama terutamanya di PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur menyebabkan ada pengguna terperangkap sehingga 12 jam untuk sampai ke rumah masing-masing.

Lapor Mingguan Malaysia, setakat Jumaat, trafik di semua lebuh raya di seluruh negara kira-kira lima juta kenderaan.

JSPT, menjangkakan sebanyak 4.7 hingga 4.9 juta kenderaan lagi dalam perjalanan ke destinasi masing-masing menjelang leawat malam ini.

Bagaimanapun, trafik di seluruh negara masih terkawal dan tiada kesesakan luar biasa cuma ia seperti keadaan sebelum pandemik Covid-19.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN