PSKLM belanja hampir RM1.7 juta untuk program CSR

PSKLM belanja hampir RM1.7 juta untuk program CSR

“SEJAK dari tahun 2011, hampir RM1.7 juta ditelah dibelanjakan PSKLM bagi tujuan sumbangan dan inisiatif CSR kepada pelbagai penerima di seluruh Malaysia.” -  Zakaria Ahmad Zabidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) membelanjakan hampir RM1.7 juta untuk menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seluruh negara sejak 2011.

Presidennya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, penyaluran sumbangan daripada semua syarikat konsesi lebuh raya itu bagi membantu mengisi dana operasi, menampung keperluan badan dan pertubuhan yang memerlukan.

“Sejak dari tahun 2011, pihak PSKLM telah membelanjakan hampir RM1.7 juta untuk tujuan sumbangan dan inisiatif CSR kepada pelbagai penerima di seluruh Malaysia. 

“Penyaluran sumbangan daripada semua syarikat konsesi lebuh raya telah dilaksanakan termasuk untuk bantuan persekolahan, bantuan pasca banjir, program sukan, sumbangan kepada barisan hadapan dan Tabung Covid 19 serta perayaan utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau turut menambah, jumlah sumbangan PSKLM tersebut tidak termasuk program CSR yang dijalankan secara berasingan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya seperti pemberian diskaun tol, rebat dan sebagainya. 

Terdahulu, PSKLM menganjurkan program ziarah Ramadan bagi memberi sumbangan kepada tiga buah badan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Ia bertujuan bagi menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 setiap satu kepada pertubuhan yang memerlukan. 

Badan dan pertubuhan yang terlibat adalah Pusat Pengajian Tahfiz Darul Furqan, Sentul, Pusat Khidmat Masyarakat, Selat Klang dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nursyaheera, Cheras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN