Proses pengundian PKR di Kedah berjalan lancar

Proses pengundian PKR di Kedah berjalan lancar

CALON Ketua Cabang Alor Setar, Mejar (B) Ismail Feisol (kanan) beramah mesra bersama pengundi pada pemilihan Keadilan 2022 bagi cabang Alor Setar di Alor Setar, hari ini. - FOTO/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 14 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini selesai mengadakan pengundian secara fizikal bagi pemilihan peringkat cabang parti itu bagi tahun 2022 yang berlangsung hari ini

Bagaimanapun pemilihan PKR di cabang Padang Serai dekat sini sahaja yang terpaksa ditangguhkan kerana berlaku masalah teknikal.

Koordinator Negeri Kedah, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Rashid Din berkata, pihaknya mendapati proses pengundian tersebut berjalan lancar tanpa berlaku kekecohan serius.

Namun, menurutnya, masalah teknikal dan perbalahan kecil dilaporkan hanya berlaku di beberapa cabang tetapi terkawal.

“Tiada pergaduhan melibatkan fizikal, cuma ada perang mulut saja. Selain itu berlaku masalah teknikal yang mengganggu kelancaran proses pemilihan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Proses pengundian tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Sebanyak 14 cabang lain yang mengadakan  sesi pemilihan secara fizikal itu adalah Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Merbok, Sik, Jerai, Baling, Kubang Pasu, Alor Setar, Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah, Pokok Sena, Pendang dan Jerlun.

Rashid memberitahu, penangguhan pengundian di cabang Padang Serai itu diumumkan pada  pukul 12 tengah hari ini.

“Pengundian yang dibuat sebelum itu pula tidak diambil kira,” ujarnya 

Tambahnya, pihaknya akan menetapkan tarikh baru pemilihan parti di cabang Padang Serai selepas ini dan pemilihan di cabang tersebut kemungkinan akan diadakan pada minggu depan.

“Keputusan pengundian itu akan diumumkan pada 23 Mei depan selepas selesai proses pemilihan di seluruh negara termasuk undian digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya