Pertimbang skim usahawan untuk graduan - Utusan Malaysia

Pertimbang skim usahawan untuk graduan

NOH Omar (duduk dari kanan) bersama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ismail Sabri Yaakob dan Najib Tun Razak dalam Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri KUSKOP di SACC, Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pertimbang untuk mewujudkan skim graduan bagi memberi kemudahan pinjaman kepada golongan itu yang mahu menjadi usahawan.

Justeru, satu peruntukan akan dimohon oleh kementerian berkenaan bagi melaksanakan skim tersebut supaya graduan daripada universiti tempatan yang berminat untuk berniaga dapat direalisasikan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya menimbang perkara tersebut setelah menerima maklum balas dan permohonan daripada beberapa universiti di negara ini yang mencadangkan supaya KUSKOP menyediakan kemudahan itu.

“Hasrat tersebut pernah dinyatakan oleh pentadbir beberapa universiti termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), dalam pertemuan sebelum ini dan mereka minta saya perkenalkan kemudahan berkenaan.

“Justeru, kementerian sedang merancang skim ini kerana merasakan sudah tiba masanya kita bantu usahawan dalam kalangan siswazah,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri KUSKOP di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat usahawan dalam kalangan belia yang sukar dan gagal mendapat pinjaman daripada agensi kerajaan seperti Tekun Nasional.

“Insya-Allah, saya akan cuba memohon bajet supaya lebih ramai usahawan dalam kumpulan umur ini dapat dibantu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya