Permohonan geran inap desa dilanjutkan hingga 15 Jun

Permohonan geran inap desa dilanjutkan hingga 15 Jun

Pengusaha inap desa masih boleh memohon geran pembaikan yang dilanjutkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya hingga 15 Jun ini.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) bagi tahun ini dilanjutkan sehingga 15 Jun.

 Sehubungan itu, kementerian berkenaan dalam kenyataannya menyeru semua pengusaha inap desa yang layak untuk segera mengemukakan permohonan geran yang ditawarkan ini. 

  “Maklumat lanjut seperti Garis Panduan Permohonan, Borang Permohonan dan lain-lain maklumat boleh dilayari di laman sesawang rasmi Motac di www.motac.gov.my/geran-padanan. 

  “Pemberian geran ini diharapkan dapat membantu pengusaha inap desa (inap desa) di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan program ini dalam menarik lebih ramai pelancong untuk datang menginap,” katanya hari ini. 

  Sebelum ini, melalui Pembentangan Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi pemberian Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa (Homestay) dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah Motac untuk tahun ini.  

 Kementerian ini membuka permohonan geran pada 1 hingga 30 April lalu kepada semua pengusaha inap desa (homestay) yang berdaftar di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN