Penumpang berhak tuntut pampasan penerbangan ditunda

Penumpang berhak tuntut pampasan penerbangan ditunda

PENGGUNA tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan syarikat penerbangan menukar jadual penerbangan pada saat akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dijadual semua berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin ditujui. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan pengguna berhubung kelewatan penerbangan AirAsia, membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.

Kata beliau, kelewatan itu dikesan sudah berlaku sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan. 

“KPDNHEP akan terus menjalankan siasatan dari sisi kepentingan pengguna dan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi merungkai permasalahan ini, demi memastikan ia tidak berlanjutan atau berulang,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau hari ini.

Beliau mengulas isu penundaan dan penjadualan semula penerbangan oleh syarikat penerbangan AirAsia yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Alexander berkata, pengguna perkhidmatan penerbangan yang terkesan mempunyai hak untuk menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan dengan tertakluk kepada beberapa faktor.

Jelas beliau, ia bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan dan berdasarkan maklumat daripada http://mavcom.my, pampasan ini mungkin merangkumi makanan, panggilan telefon dan akses internet melibatkan penangguhan selama dua jam atau lebih.

“Ia juga mungkin merangkumi penginapan hotel dan pengangkutan bagi penangguhan selama lima jam atau lebih serta pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan anda dibatalkan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, satu-satunya pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu ‘keadaan luar biasa’ termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkakannya.

“Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Macvom),” ujar beliau. 

Terdahulu, laman media sosial dibanjiri dengan perkongsian oleh pengguna pengangkutan penerbangan sebuah syarikat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan apabila penerbangan mereka ditunda atau dijadualkan semula pada saat akhir.

Tindakan syarikat berkenaan menukar jadual penerbangan pada saat akhir membangkitkan kemarahan pengguna apabila ia dilihat seperti ‘lepas tangan’ dan tidak bertanggungjawab selain menyusahkan pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.