Pemilihan PKR: Saifuddin menang di Perlis - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Saifuddin menang di Perlis

RAFIZI RAMLI dan SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memperoleh undi tertinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandingi dalam pemilihan parti itu peringkat negeri ini.

Setiausaha Agung PKR itu, memperoleh sebanyak 760 undi mengatasi pencabarnya, Mohd. Rafizi Ramli yang mendapat 593 undi.

Saifuddin memperoleh kemenangan besar di Cabang Kangar dengan memperoleh 638 undi berbanding Rafizi yang juga bekas Naib Presiden PKR sekadar mendapat 358 undi.

Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi laman web wwww.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi menang di Cabang Arau dan Padang Besar namun tidak dapat mengatasi jumlah undi keseluruhan yang diterima Saifuddin.

Pemilihan PKR di negeri ini melibatkan tiga cabang iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar.

Di Cabang Padang Besar, perebutan empat kedudukan Naib Presiden diungguli oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagi Cabang Kangar, kedudukan empat tertinggi bagi jawatan Naib Presiden diungguli oleh Amirudin Shari; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Di Cabang Arau, perebutan empat kedudukan Naib Presiden diungguli oleh Amirudin Shari; Thiban Subbramaniam; Tinagaran Arumugam dan Gunarajah R. George.

Bagi Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim memperoleh undi tertinggi apabila menang dua daripada tiga cabang PKR di negeri ini.

Adam Adli menang di Cabang Kangar dan Padang Besar manakala pencabarnya, Fahmi Zainol hanya menang di Cabang Arau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya