Pas tidak bercita-cita tuntut jawatan Zuraida - Utusan Malaysia

Pas tidak bercita-cita tuntut jawatan Zuraida

IDRIS Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pada Program Hari Raya Asnaf di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Pas tidak bercita-cita untuk mengisi  kekosongan jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berikutan peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas sama sekali tidak pernah terfikir tentang perkara itu atau ada cita-cita untuk mengisi jawatan itu.

“Pas bukanlah sebuah parti yang zalim untuk menuntut jawatan seperti itu.

“Sekiranya terdapat dakwaan liar seperti itu terhadap Pas, ia sama sekali tidak benar,” katanya pada Program Hari Raya Asnaf di sini hari ini.

Bagi kekosongan jawatan tersebut, Idris berkata,  terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukannya.

Menurutnya, tindakan Zuraida, yang merupakan Ahli Parlimen Ampang meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak memberi kesan terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Dia (Zuraida) masih lagi memberi sokongan kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada PBM akan menyertai PN, Idris berkata, perkara itu terpulang kepada pimpinan PBM.

“Setakat hari ini kita tidak dengar sama ada PBM akan menyertai sebagai rakan komponen PN atau pun Pakatan Harapan (PH).

“Terpulanglah kepada kepimpinan tertinggi PBM yang memutuskan hala tuju mereka sendiri,” katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Zuraida  merupakan hak Ahli Parlimen Ampang itu.

Menurut beliau, sebagai negara demokrasi, pada prinsipnya seseorang itu boleh menyertai mana-mana parti politik malah boleh menubuhkan parti politik jika cukup syarat.

“Malaysia negara demokrasi dan undang-undang lompat parti pun belum diluluskan. 

“Demokrasi pada prinsipnya seseorang itu boleh nak pergi mana-mana parti,  nak tubuh parti pun dibolehkan kalau cukup syarat terpulang pada ROS,” kata beliau dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di  Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Mengenai pengganti jkepada Zuraida dalam Kabinet, Abdul Hadi berkata,  perkara itu masih dalam perbincangan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kita tunggu masanya, kerana belum tentu adakah dia (Zuraida) masuk dalam parti yang bergabung (dengan PN) atau pun tidak,” katanya.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya