Nasib 'double check' dengan Tuanku... -Rizalman kongsi scammer menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong - Utusan Malaysia

Nasib ‘double check’ dengan Tuanku… -Rizalman kongsi scammer menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti media sosial dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim, tampil mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikatnya, Faizul Surani, hampir menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara tersebut dikongsikan pereka fesyen tersohor itu menerusi tangkap layar perbualan kedua pihak tersebut di entri Instagram miliknya.

Menerusi perbualan tersebut, scammer yang menyamar sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’ itu telah meminta Faizul memindahkan wang ke seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan sebanyak RM3,000.

“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram.

“Jangan terpedaya dengan scammer. Nasib ‘double check’ dengan Tuanku, ampun Tuanku,” coretnya ringkas.

Bagaimanapun, scammer tersebut gagal untuk memperdaya pereka fesyen itu selepas dia sempat membuat pengesahan daripada Permaisuri Agong sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.