Muda sanggup ketepikan ideologi politik - Utusan Malaysia

Muda sanggup ketepikan ideologi politik

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Muda Puteri Wangsa di Taman Setia Indah, Johor Bahru, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sanggup mengetepikan ideologi politik untuk bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dari parti lain bagi menangani isu rakyat.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, setiap wakil rakyat harus bersifat terbuka untuk membuka ruang melakukan kerjasama rapat meskipun daripada latar belakang politik yang berbeza.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, langkah tersebut membuktikan kesungguhan wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah serta kemelut yang membelenggu rakyat ketika ini.

“Saya mengalu-alukan kerjasama dengan pihak lain termasuk daripada ADUN dan ketua kampung parti politik lain. Begitu juga di Puteri Wangsa, saya sudah beritahu ADUN Muda, Amira (Aisya Abd. Aziz) untuk turut bekerjasama dengan parti lain. Penting untuk kita bekerjasama jika mahu membantu rakyat di lapangan terutama dalam isu tempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Muda Puteri Wangsa di sini.

Ditanya mengenai keterbukaan untuk menerima kerjasama membabitkan Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bekas Menteri Belia dan Sukan itu enggan mengulas lanjut mengenainya.

Jelasnya, fokus utama parti pada ketika ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan memberi tumpuan kepada politik dasar, selain tidak ada gunanya sekiranya parti dapat mengumpulkan 20 parti atau lebih sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu teras dalam kalangan rakyat yang terkesan.

“Kita fokus politik penyelesaian dan bukan politik lama dan saya tidak mahu ulas khemah besar atau kecil. Terdapat banyak persoalan yang perlu ditanya mengenai kerjasama sebegini, sebab itu saya lebih suka untuk tidak mengulas mengenai perkara itu. Fokus kami adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat,” jelasnya. 

Katanya, Muda akan melancarkan jelajah untuk mendengar keluh kesah serta permasalahan rakyat selain mencari solusi kepada isu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya