Mesyuarat Kabinet esok bincang kos sara hidup, bekalan barang

Mesyuarat Kabinet esok bincang kos sara hidup, bekalan barang

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Kabinet akan diadakan esok bagi membincangkan dua isu utama negara iaitu isu kos sara hidup dan bekalan barang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta agar mesyuarat itu dipercepat bagi membincangkan banyak isu negara khususnya berkenaan kos sara hidup yang melanda seluruh negara.

“Tetapi bukan hanya tumpu ayam semata-mata tetapi kos sara hidup yang kita jangka meningkat. Jadi esok pagi mesyuarat Kabinet untuk melihat kedua-dua perkara ini dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diminta bentang kepada Kabinet esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN