berpaut belakang lori

Lelaki berpaut pada treler, disyaki bermasalah mental 

TULAR seorang lelaki yang melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut pada belakang treler di Lanchang, Temerloh, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki yang dikesan melakukan aksi ‘lagak ngeri’ dengan berpaut pada bahagian belakang lori tangki yang sedang bergerak sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum terjatuh di kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, kelmarin dipercayai mempunyai masalah mental.

Lelaki berusia 39 tahun itu luka di bahagian atas mata kiri dan kecederaan di tangan kiri serta kaki kanan dalam kejadian pukul 3.30 petang itu. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki bahagian belakang treler di sebuah stesen minyak di Lanchang.

“Pemandu lori tidak menyedari mangsa memanjat treler. Lori itu keluar dari stesen minyak apabila lelaki itu terjun dari kenderaan yang sedang bergerak di Kampung Dala di Lanchang. 

“Pemandu kenderaan lain yang melihat kejadian telah menenangkan mangsa dan membawanya ke klinik kesihatan Lanchang. Keluarga mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Kamarulzaman berkata, pemandu treler berusia 52 tahun dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu sehingga dia melihat video membabitkan kenderaannya telah tular sejak malam tadi.

“Pemandu lori menerima video berkenaan sekitar pukul 9 malam semalam sebelum tiba di balai polis Temerloh kira-kira pukul 3.50 petang hari ini untuk membuat laporan,” katanya. 

Terdahulu, dalam video tular berdurasi 28 saat yang dirakam dari kereta yang sedang dalam perjalanan di belakang treler itu, seorang lelaki, berpakaian kemeja-T kelabu dan seluar pendek biru dengan kasut sukan kuning berpaut pada belakang lori itu. 

Lelaki itu dilihat berpegang pada pemegang sambil berdiri di belakang treler sebelum dia terjatuh di atas jalan. 

Beberapa orang yang melintasi laluan berkenaan telah berhenti untuk membantunya berehat di atas kawasan rumput berhampiran jalan terbabit sebelum mereka memaklumkan kepada Balai Polis Lanchang.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana gangguan awam.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.