Lantik atau singkir menteri kuasa PM

Lantik atau singkir menteri kuasa PM

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuasa melantik atau menyingkirkan mana-mana menteri dalam Kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri. 

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ia sekali gus menjelaskan keputusan tersebut sama sekali tidak boleh dipertikai. 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa penuh atau prerogatif dalam melantik, mengekalkan atau menyingkirkan mana-mana menteri dalam barisan Kabinet beliau.

“Perdana Menteri seharusnya diberikan ruang mengikut kebijaksanaannya dalam menentukan anggota Kabinet yang dirasakan sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan dalam memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik.

“Saya minta supaya hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ini dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Zuraida dijangka berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri pada semalam berkata, Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai menteri di portfolio yang sama selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan.

Jelasnya, beliau boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet diputuskan selepas mereka bertemu kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN