KUSKOP tambah cawangan Coopmart tangani kenaikan harga barang

KUSKOP sasar tambah cawangan Coopmart tangani kenaikan harga barang

PENGERUSI Majlis Guru Besar Daerah Kuala Selangor, Ahmad Daud Ab. Hamid (kiri) menyerahkan surat penghargaan sumbangan kepada Noh Omar pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Puncak Alam 2 di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan pembukaan lebih banyak cawangan Coopmart di seluruh negara bagi mengurangkan impak kenaikan harga barang semasa dalam kalangan pengguna khususnya kumpulan B40.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pada masa ini lebih 1,000 Coopmart di seluruh negara memainkan peranan menjual barangan keperluan harian yang jauh lebih murah berbanding di kedai lain.

“Usaha memperbanyakkan Coopmart sedang kita rancang untuk membantu rakyat bagi mengurangkan beban harga barang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 hari ini.

Tambahnyai, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) juga diminta memainkan peranan menangani kegiatan ‘orang tengah’ dengan menubuhkan pusat pengumpulan dan pengedaran.

“Sebagai contoh, kalau kita dapat mengambil barang daripada Petaling tanpa melalui orang tengah, insya-Allah ini dapat mengawal kenaikan harga barang,” ujarnya.

Dalam pada itu, koperasi di negara ini yang terlibat dalam bidang ternakan digesa mewujudkan sistem ladang kontrak bagi membantu orang ramai memperolehi barangan mentah seperti ayam dan telur pada harga lebih rendah.

Jelasnya, menerusi sistem ladang kontrak, bekalan dapat diperoleh secara terus daripada penternak pada harga murah.

“Kita akan perkemas lagi inisiatif seperti ini dalam usaha membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya