KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dikritik kerana terus meminta rakyat Kedah ‘bersabar’ dengan masalah ketiadaan bekalan air di negeri itu dan bukannya mencari penyelesaian bagi menyelesaikan kesusahan penduduk. Ini kerana sikap sabar rakyat Kedah tidak dapat dibendung lagi kerana krisis air di negeri itu sudah berlarutan sejak dua dekad tetapi sehingga sekarang belum ada strategi penyelesaian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, kerajaan negeri sepatutnya berterus-terang kepada rakyat tentang situasi bekalan air negeri dan tampil dengan pelan-pelan tersusun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya