KPJ Pulau Pinang, Brainy Brunch jalin kerjasama cegah penularan HFMD

KPJ Pulau Pinang, Brainy Brunch jalin kerjasama cegah penularan HFMD

SEBAHAGIAN murid tabika Brainy Brunch cawangan Bukit Mertajam, Pulau Pinang ketika mengikuti sesi penjagaan kebersihan diri dan tangan oleh beberapa jururawat dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Penularan gejala penyakit berjangkit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ketika ini khususnya dalam kalangan kanak-kanak turut mendapat perhatian Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di sini.

Atas dasar prihatin,  hospital berkenaan mengambil inisiatif ‘turun padang’ bagi membantu pengurusan pusat asuhan kanak-kanak dan tabika dengan langkah-langkah pencegahan yang betul. Buat permulaan, Tabika Brainy Brunch cawangan Bukit Mertajam di sini dipilih menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan program berkenaan dengan kehadiran maskot khas yang diberi nama ‘Mr. Hand’.

Selain diajar cara-cara membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri dengan betul, murid-murid turut dilatih untuk tidak berkongsi peralatan peribadi seperti berus gigi dan sebagainya bagi mengelakkan jangkitan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pulau Pinang, Zabidi Abdul Razak berkata, penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutama kanak-kanak di premis tumpuan mereka seperti taska, pusat jagaan dan prasekolah.

“Justeru, kami di KPJ Pulau Pinang mengambil langkah  melaksanakan aktiviti kemasyarakatan denganmembawa ‘infection control nurse’ (jururawat pencegahan jangkitan) ke pusat jagaan tersebut. Ia bertujuan memberi tunjuk ajar yang betul kepada penjaga, ibu bapa serta kanak-kanak mengenai kebersihan peribadi dan cara mencuci tangan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Brainy Brunch Pulau Pinang, Siti Nur Azureen Razali berkata, pihaknya menyambut baik kehadiran jururawat dari KPJ Pulau Pinang dan berharap kerjasama seperti itu dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Kami juga ada mengambil beberapa langkah pencegahan awal khususnya bagi mencegah penularan HFMD sebelum ini, namun program seperti ini banyak membantu kami,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya