Kor Ming seru pertimbang semula larangan kenderaan mobiliti - Utusan Malaysia

Kor Ming seru pertimbang semula larangan kenderaan mobiliti

SEBAHAGIAN warga kota meluangkan masa hujung minggu dengan menunggang skuter elektrik. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan semula keputusan larangan penggunaan kenderaan mobiliti di atas jalan raya.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, keputusan yang diambil Kementerian Pengangkutan itu dilihat sebagai satu perkara yang membebankan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kami menyeru Perdana Menteri untuk regulate penggunaan basikal elektrik dan motosikal.

“Keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkannya adalah regresif dan ia menyebabkan banyak kesukaran kepada keluarga berpendapatan rendah yang bergantung kepada pengangkutan mobiliti mikro untuk hidup,” katanya dalam satu hantaran di laman Twitter, hari ini.

Pada 26 April lepas, media melaporkan, Kementerian Pengangkutan menegaskan penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk skuter elektrik dilarang sama sekali atas jalan raya.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, larangan itu selaras pewartaan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021, yang berkuat kuasa 17 Disember tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN