Kokain bernilai RM87 juta ditemukan di tepi mayat penyelam - Utusan Malaysia

Kokain bernilai RM87 juta ditemukan di tepi mayat penyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak polis Australia melancarkan siasatan selepas kokain dianggarkan bernilai AS$20 juta (RM87.67 juta) dijumpai berhampiran mayat seorang penyelam yang terdampar di tebing sungai daerah New South Wales.

Menurut Polis New South Wales, mayat lelaki memakai peralatan menyelam mewah itu dijumpai berhampiran Sungai Hunter Newcastle, kira-kira 170 kilometer dari Sydney.

Lelaki itu yang pada mulanya tidak sedarkan diri bagaimanapun meninggal dunia selepas diberikan rawatan.

Detektif Superintendan, Robert Critchlow, berkata beberapa bungkusan, mengandungi serbuk putih dipercayai kokain, dijumpai berhampiran.

“Kami sedang cuba mengenal pasti sama ada kedua-dua insiden ini mempunyai kaitan. Ia mungkin ada, tetapi kami cuba berfikiran terbuka kerana terdapat pilihan di hadapan kami,” katanya.

Dua bot kecil juga dilaporkan dilihat berhampiran kapal itu malam Ahad lalu dan pihak berkuasa meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti mereka.

“Pencarian di perairan sekitar oleh penyelam akan diteruskan hari ini dengan dibantu oleh pegawai dari Pasukan Sempadan Australia,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya