Kes kekerasan meningkat ketika Aidilfitri

Kes kekerasan meningkat ketika Aidilfitri

ZAINOL Samah dalam sidang akhbar selepas Program Keselamatan dan Kesihatan bersama PDRM di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 79 kes pecah rumah direkodkan di negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan 18 daripadanya melibatkan kekerasan terhadap penghuni. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kes melibatkan kekerasan itu termasuk mencederakan penghuni, merogol dan samun berkumpulan.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan 72 kes. 

“Bermula 25 April sehingga 15 Mei lalu, kes pecah rumah direkodkan meningkat sebanyak 79 kes berbanding 72 kes pada musim perayaan antara 3 Mei hingga 23 Mei 2021.

“Kita juga merekodkan 18 kes membabitkan jenayah kekerasan pada tahun ini, berbanding 16 kes tahun lalu dengan satu kes adalah bunuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Tambahnya, mengikut pecahan, sebanyak 12 kes mencederakan, samun berkumpulan tanpa senjata api (tiga), rogol (dua) dan samun tanpa senjata api, satu kes. 

Katanya, 61 kes lain adalah jenayah harta benda termasuk curi motosikal sebanyak 13 kes dan satu kes curi kereta.

“Mengikut pecahan, kes pecah rumah curi (PRC) adalah sebanyak 33 kes, curi (14 kes), curi motosikal (13 kes) dan curi kereta (satu kes). Pada tahun lalu sebanyak 56 kes direkodkan dengan kes PRC paling tinggi iaitu 21 kes, curi (18 kes) dan curi motosikal 17 kes,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.