Kerajaan negeri beri kerjasama penuh siasatan kes rasuah

Kerajaan negeri beri kerjasama penuh siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan negeri diarah untuk meneliti dan menambah baik sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang dan peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong susulan tangkapan pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan negeri yang didakwa terlibat dalam melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

SAFAR UNTONG

“Saya mengambil perhatian serius berikutan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan negeri.

Semalam, seorang lagi individu bergelar Datuk yang merupakan bekas penjawat awam turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama.

Bekas  penjawat awam bergelar Datuk itu itu ditahan SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes rasuah bagi melindungi pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

Ia adalah tangkapan susulan selepas penahanan seorang pegawai kanan dan pesara kerajaan pada 18 Mei lalu bagi membantu siasatan berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 66 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua individu berkenaan bermula 19 hingga 25 Mei ini.-UTUSAN

 

 

 

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.