Kedah tidak patut jual tanah litar lumba

Kedah tidak patut jual tanah litar lumba

sanusi
MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan kerajaan negeri menjual sebahagian daripada 40 hektar tanah yang diperuntukkan untuk membina litar lumba di Sungai Petani, dekat sini semata-mata bagi mencari dana untuk menyiapkan fasiliti tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu adalah sesuatu yang mengejutkan ketika kerajaan sepatutnya bersifat lebih kreatif dalam mencari sumber kewangan.

Katanya, langkah menjual tanah bagi menyiapkan litar tersebut mungkin boleh diterima sekiranya projek dilaksanakan itu mampu menjana pendapatan negeri atau rakyat.

“Namun ini bukan satu pembinaan yang boleh menjana pendapatan. Saya setuju litar ini perlu diteruskan pembinaannya dan serta menjadi keperluan buat anak muda tetapi tidaklah sampai kepada peringkat kita perlu jual tanah.

“Ini sesuatu yang sangat memalukan serta menunjukkan kerajaan negeri begitu lemah untuk berfikir bagaimana nak mencari sumber pendapatan bagi menampung projek tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, hari ini.

Ketika berucap dalam Program Santai Anak Utara (SAU) di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Ahad lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri pimpinannya akan meneruskan pembinaan litar tersebut dengan kos asal berjumlah RM30 juta, berbanding perancangan kerajaan terdahulu yang mahu membina litar bertaraf antarabangsa bernilai RM73 juta.

Bagi menyiapkan litar yang menjadi impian anak muda itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menjual sebahagian daripada 40 hektar tanah litar berkenaan, bagi menampung pembinaan fasiliti tersebut.

Menurut Muhammad Sanusi, ketika ini wang diberikan kerajaan Persekutuan berjumlah RM30 juta beberapa tahun lalu, hanya tinggal RM20 juta setelah kira-kira RM10 juta digunakan untuk pelaksanaan kerja-kerja tanah serta jalan masuk ke kawasan itu oleh kerajaan negeri sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya