Jual beli dadah dipercayai punca lelaki ditembak

Jual beli dadah dipercayai punca lelaki ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Urusan jual beli dadah dipercayai motif pembunuhan lelaki yang ditemukan mati ditembak dalam bilik hotel di Bukit Bintang, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, seorang lelaki berusia 49 tahun ditemukan mati dipercayai ditembak di sebuah hotel di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, susulan itu, seorang lelaki berusia 49 tahun yang juga suspek utama di lokasi kejadian ditahan selain dua lagi lelaki yang diburu sejak semalam.

“Kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai berada di hotel berkenaan bagi urusan dadah bersama mangsa dan suspek utama.

“Polis akhirnya menahan dua suspek masing-masing berusia 47 dan 51 tahun di Puchong, Selangor kira-kira pukul 7 malam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur , di sini hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Azmi, semakan mendapati mangsa yang berasal dari Johor mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah, culik dan bunuh manakala suspek utama mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Ujar beliau, pihaknya merampas dua pucuk pistol jenis Revolver .38 bersama enam butir peluru dan Semi Auto Baretta beserta lapan butir peluru serta satu kelopak peluru.

“Turut dirampas motosikal, dua topi keledar, dua helai baju, dua pasang kasut sukan dan satu topi serta tiga telefon bimbit yang disyaki digunakan semasa kejadian,” ujar beliau. 

Katanya, suspek utama kini direman enam hari sehingga 9 Mei ini manakala dua lagi suspek yang ditahan semalam akan dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dengan penahanan ketiga-tiga suspek ini, kita percaya kes pembunuhan ini telah diselesaikan,” katanya.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN