Isteri diganggu, Caprice beri amaran - Utusan Malaysia

Isteri diganggu, Caprice beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan, Caprice, memberikan amaran kepada individu yang mengganggu privasi isteri tercintanya, Farra Inalis, dengan menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Xde Hal Bro itu menerusi satu video yang dimuat naik di entri Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, Caprice tampil menunjukkan bukti-bukti kiriman WhatsApp daripada individu tersebut.

Menurut Caprice, tindakan individu berkenaan sudah melampaui batas dan penyanyi itu memberikan tempoh 24 jam kepadanya bagi membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.

“Pertama sekali Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya.

“Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya. Atau menghubungi pada waktu malam atau WhatsApp isteri saya itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya.

“Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya. Jadi awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan,” tuturnya.

Mengulas lanjut, dia sekali lagi memberi amaran terhadap individu tersebut agar tidak mencabar dan bersikap keterlaluan menganggu privasi keluarga kecilnya.

“Kali pertama awak mesej isteri saya, kita fikir okay mamat ini mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi.

“Tetapi tidak, hari ini (semalam) juga dia mesej isteri saya, jangan main gila terutamanya tentang keluarga,” ujarnya lagi.

“Bila orang mula melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga… anda telah melepasi garisan,” ujarnya lagi.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet turut menentang keras tindakan lelaki tersebut selain menyifatkan individu itu sudah berlebihan.

Sekadar informasi, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya