HFMD di Johor naik lebih 22 kali ganda

HFMD di Johor naik lebih 22 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini dilaporkan sejumlah 2,240 kes setakat Ahad lalu, meningkat sebanyak 22.2 kali ganda berbanding tahun lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding 101 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, peningkatan itu dijangka berlaku pada tahun ini ekoran kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan selari dengan peningkatan kes di seluruh negara. 

Bagaimanapun, Tian Soon berkata, biarpun kes meningkat mendadak, situasi berkenaan masih didapati terkawal. 

“Di Johor, kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0-6 tahun iaitu sebanyak 2,027 kes, diikuti oleh kumpulan umur 7-12 tahun iaitu 184 kes dan selebihnya adalah berumur lebih daripada 13 tahun.

“Sehingga kini, sebanyak 14 lokaliti wabak aktif HFMD dilaporkan dengan Kluang muncul daerah tertinggi dengan sembilan kejadian wabak aktif diikuti Johor Bahru (4) dan Batu Pahat (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN