Hasil tempatan jamin keselamatan makanan negara

Hasil tempatan jamin keselamatan makanan negara

HASLINA Abdul Hamid (tengah) melawat projek tanaman cili  pada Program Pembangunan Ekonomi Komuniti di Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak, hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengalu-alukan sebarang inisiatif daripada pelbagai pihak dalam menyediakan bekalan makanan kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi krisis bekalan makanan global.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, kementerian sedang melihat hasil dan produk tempatan yang boleh membantu negara untuk mengurangkan import bekalan makanan.

Katanya, agenda keselamatan makanan negara adalah perkara penting dan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan perlu menyediakan sumber dan bekalan makanan dari ladang ke meja untuk rakyat.

“Usaha kementerian ini banyak termasuk pendekatan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. 

“Misalnya kita ada Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 serta Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025.

“Kerajaan hendak memperkasakan ekosistem dan pertanian yang melibatkan tiga sektor utama iaitu tanaman, penternakan dan juga perikanan,” katanya ketia ditemui pada Program Pembangunan Ekonomi Komuniti dan Sambutan Aidilfitri Institusi Agro Usahawan (iGROW) di Kompleks  Desa Warisan IGrow, Pulau Tiga, Kampung Gajah, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN