PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC yang disahkan meninggal dunia, semalam.
“Allahyarham yang berusia 21 tahun telah turun beraksi buat kali terakhir bersama pasukannya ketika perlawanan Piala Presiden menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) III di Padang PKNS, Kelana Jaya, petang semalam.
“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa roh Allahyarham dan memuliakan kematiannya dengan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal yang abadi. Aamiinn… Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed menyifatkan pemergian Muhammad Husni sebagai satu kehilangan kepada bola sepak negara.
“Allahyarham merupakan pemain yang baik dan berpontensi. Salam takziah kepada seluruh keluarga Muhammad Husni,” katanya ringkas dan akan turut menghadiri majlis pengebumian.










