Ebit Lew santuni golongan mak nyah, dakwah iman - Utusan Malaysia

Ebit Lew santuni golongan mak nyah, dakwah iman

USTAZ Ebit Lew menyantuni golongan mak nyah di Surabaya, Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalaman ziarah kemanusiaannya menyantuni golongan mak nyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Dalam hantaran terbaharunya di Facebook, beliau memberitahu, golongan itu amat mengenalinya selepas siri ziarah di Jakarta memberi makan golongan memerlukan, terutamanya anak-anak kumpulan punk, baru-baru ini.

“Sebaik sahaja saya sampai, saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit Lew ya? Yang suap anak punk makan ya? Macam mimpi jumpa di sini.

“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap di situ. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah di sebalik mereka.

“Saya cerita Allah sayang kita, beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibu bapa serta menjauhi yang haram,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tulis beliau, golongan itu turut bertanyakan soal solat dan perkara-perkara lain.

“Saya terus kata malam ni semua cuti boleh? Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya.

“Ada yang kata bagaimana ya nak mula cari rezeki yang halal? Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang.

“Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang. Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusyuk dan tekun mereka mendengar. Katanya ustaz datang lagi ya. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya