Dipukul dengan penyangkut baju, batang mop dan paip PVC

Dipukul dengan penyangkut baju, batang mop dan paip PVC

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dipukul dengan penyangkut baju, batang mop dan paip plastik PVC sehingga cedera.

Itu penderitaan terpaksa dilalui dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun dengan seorang daripadanya meninggal dunia disyaki didera sepanjang berada di bawah jagaan ibu dan bapa saudara di Taman Desa Pengkalan Bandaraya dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua beradik itu dijaga pasangan suami isteri berusia 40 tahun tersebut sejak awal 2020.

Katanya, bapa dan ibu kanak-kanak itu telah berpisah yang mana bapa mereka kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

“Suspek wanita dalam kes ini adalah adik kepada bapa mangsa. Dua beradik itu didera sejak Januari lalu yang mana mereka dipukul sekiranya melakukan kesalahan.

“Pada peringkat awal, mangsa dipukul dengan penyangkut baju namun sejak kebelakangan ini, mereka dipukul dengan batang paip PVC dan batang mop,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut beliau, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana mengalami demam panas dengan suhu badan mencecah 39 darjah celcius.

“Pada pukul 11.30 malam pada Sabtu, mangsa mengalami demam panas dan badan mula menggelatar. Bimbang dengan keadaan itu, suspek menghubungi ambulans.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Laporan polis dibuat pegawai perubatan setelah mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa disyaki didera,” katanya.

Tambah beliau, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dengan kesan kecederaan disyaki didera.

Mangsa yang dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, kelmarin.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik HRPB itu mendapati punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt injury’.

Berdasarkan siasatan polis, selain mangsa, adik lelakinya turut mengalami kecederaan di badan yang dipercayai akibat didera suspek.

Pasangan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya