Cuti kelepasan am Terengganu dipinda kepada 4 Mei - Utusan Malaysia

Cuti kelepasan am Terengganu dipinda kepada 4 Mei

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Cuti kelepasan am negeri sempena Hari Raya Aidilfitri dipinda kepada Rabu ini, iaitu 4 Mei.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pindaan itu dibuat kerana 1 Syawal disambut esok.

“Kerajaan negeri bersetuju menjadikan Rabu (4 Mei) sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) menggantikan Khamis (5 Mei).

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Ahmad Samsuri mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa di Terengganu dengan syarat jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 Mei.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN