Calon STPM boleh semak panggilan MEdSI mulai esok

Calon STPM boleh semak panggilan MEdSI mulai esok

MEdsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2022/2023 boleh menyemak panggilan Ujian Inventori Pemilihan Pendidikan Malaysia (MEdSI)  Program Pengajian Pendidikan masing-masing mulai esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi hantaran di Facebook berkata, semakan boleh dibuat mulai pukul 5 petang esok. 

Menurutnya, ujian MEdSI akan bermula pada 1 Jun hingga 12 Jun ini. 

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 013-415 3016 atau emel kepada  [email protected],” katanya. 

Katanya, semakan juga boleh dibuat menerusi portal rasmi universiti https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

Jelasnya lagi, semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah termasuk calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM dan USIM. 

Dalam pada itu, KPT memaklumkan, lepasan STPM juga boleh menyemak panggilan temu duga atau ujian Program Pengajian Bukan Pendidikan yang turut dibuka mulai esok. 

“Calon yang memohon program pengajian bertemu duga atau ujian boleh melayari URL universiti awam terlibat. ” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya