KUANTAN: “Anak saya dibesarkan di rumah rakit ini hampir dua tahun dan sudah terbiasa dengan keadaan di kawasan ini.Hati saya kuat menyatakan dia masih hidup.” Demikian luah Muhammad Sukri Ali, 50, bapa kepada Siti Nur Athhiya Sofea, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan yang hilang dan dikhuatiri lemas di rumah rakit milik bapanya pukul 11.15 malam kelmarin. Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa anaknya yang mesra dipanggil Tiya…










