Bomba sedia sebarang kemungkinan hadapi cuaca tidak menentu

Bomba sedia sebarang kemungkinan hadapi cuaca tidak menentu

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) bersama Mohammad Hamdan (empat dari kanan) hadir pada Majlis Jalinan Mesra di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan, di Seremban semalam. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia termasuk untuk menggerakkan semua asetnya ke beberapa lokasi bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Ia termasuk  bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kejadian banjir kilat, kebakaran, tanah runtuh mahupun kejadian kepala air.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, sehubungan itu pihaknya menggerakkan aset jabatan termasuk untuk mengadakan pemantauan udara menggunakan pesawat serta dron khususnya di lokasi kawasan yang sering berlaku banjir kilat.

“Kami telah menggerakkan aset di kawasan terlibat serta lokasi hot spot dikenal pasti. Sebanyak 327 buah balai bomba di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan seramai 12,500 orang bagi bersedia sepanjang tempoh 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2, di sini semalam. 

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Datuk Dr. Razali Ab Malek dan Pengarah JBPM negeri, Hamdan Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN