Boleh ziarah Al-Aqsa tanpa niat iktiraf Israel

Boleh ziarah Al-Aqsa tanpa niat iktiraf Israel

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam sebenarnya memang telah dibolehkan melawat Baitulmaqdis dan menziarahi Masjid Al-Aqsa dengan syarat tidak berniat mengiktiraf kedaulatan rejim Zionis.

Perkara ini pernah dijelaskan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi Bayan Linnas disiarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2015.

“Kepada yang ingin pergi ke sana, maka janganlah mengiktiraf kedaulatan Israel atau reda kepada mereka sebagaimana nas al- Quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri,” jelasnya.

Kelmarin, Sidang Kemuncak Islam Sedunia 2022 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA dekat sini menerbitkan resolusi yang antaranya penarikan balik fatwa larangan melawat Al-Aqsa.

Ia antara 24 perkara dibentangkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nasrudin Hassan dalam persidangan selama tiga hari disertai 150 ulama dari lebih 90 negara.

Fatwa larangan sebelum ini lebih bersifat siasah sebagai tanda penolakan penubuhan negara haram Israel pada 1948 namun tidak lagi sesuai dengan suasana geopolitik semasa ketika ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli menjelaskan bahawa, penarikan fatwa itu telah diputuskan oleh Muktamar Antarabangsa di Amman, Jordan pada 2014 bagi mengembalikan status sah Baitulmaqdis.

Ini berdasarkan dalil Nabi Muhammad SAW pun pernah mengerjakan umrah di Makkah pada tahun 7 Hijrah ketika kota suci tanah haram itu masih berada di bawah cengkaman Musyrikin.

“Para ulama dari pelbagai negara mengemukakan ‘fatawa jamaie’ untuk boleh memberi bantuan secara tersurat dan tersirat kepada Palestin tanpa mendukung cita-cita Zionis,” tambahnya.

Bahkan ujarnya, Darul Ifta’ yang menerbitkan fatwa di Palestin juga bersetuju kerana ulama di sana lebih tahu mengenai hakikat realiti hidup umat Islam derita ditindas Israel lebih 70 tahun.

Anjuran agar melawat Al-Aqsa selain melawat Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi malahan disokong Rasulullah SAW menerusi hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Turut menyokong saranan itu ialah bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bas dan mantan bekas Mufti Mesir, Syeikh Ali Jum’ah di samping ramai mufti dan ulama kontemporari.

Bagaimanapun tegas Zulkifli, ada beberapa syarat ditetapkan antaranya tidak mendiami hotel milik Yahudi atau melancong tempat lain yang akan memberi manfaat kepada pihak Zionis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya