Bermaz penaja utama Kejohanan Golf KIA-PGM 

Bermaz penaja utama Kejohanan Golf KIA-PGM 

DANNY Chia (kiri) dan Shahriffuddin Ariffin antara barisan pemain profesional negara yang akan memberi saingan pada kejohanan Golf Kejuaraan KIA-PGM kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golf Kejuaraan KIA-PGM menyaksikan kembalinya Jelajah Golf Professional Malaysia (PGM) selepas cuti panjang Ramadan minggu ini di Glenmarie Golf, Hotel & Resort, di sini.

Kejohanan ini disertai hampir semua pemain lelaki dan wanita terkemuka negara seperti Ben Leong, Nicholas Fung, Danny Chia dan Shahriffuddin Ariffin dan ia pastinya bakal merancakkan lagi aksi kali ini sebagai kejohanan pilihan ketika ini.

Diikuti kategori wanita, penyertaan Aretha Pan yang akan memburu gelaran jelajah PGM kali kedua berturut-turut dan pemenang pingat Perak Sukan Asia (SEA), Mirabel Ting dan Ainil Johani Bakar.

BARISAN pemenang pingat emas Sukan SEA di Hanoi, Ervin Chang, Marcus Lim, K Rhaasrikanesh dan Nateeshvar Ganesh bakal merancakkan lagi aksi Golf Kejuaraan KIA-PGM kali ini.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM120,000 bagi kategori lelaki dan RM20,000 untuk wanita. 

Tentangan sengit bakal berlaku apabila senarai panjang calon yang dijangka bakal merebut tempat pertama kejohanan kali ini seperti Khor Kheng Hwai dan Daeng Abdul Rahman.

Penyertaan dalam kalangan pemain belia dan berpengalaman yang pernah menempa nama di beberapa pertandingan akan merancakkan lagi kejohanan KIA termasuk pasukan lelaki yang mendapat pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi iaitu Ervin Chang, Marcus Lim, K Rhaasrikanesh dan Nateeshvar Ganesh.

Mirabel Ting yang menyandang gelaran juara wanita di kejohanan PGM Maybank dan pemegang pingat perak Sukan SEA akan memberikan tentangan sengit buat Aretha dan yang lain sebelum membawa pulang wang ganjaran.

Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Sri Yeoh Choon San berkata, pihaknya selaku penaja berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jelajah PGM dan tidak sabar untuk menantikan kejohanan itu berlangsung dengan penuh semangat.

“Apa yang menggembirakan kami adalah bukan kerana ini adalah kejohanan sulung bagi Kejuaraan KIA tetapi kita mendapat penyertaan yang baik bagi kedua-dua kategori minggu ini.

“Ini satu perkembangan yang baik buat Jelajah PGM dan juga pihak kami sendiri, dengan penglibatan barisan atlet negara yang merangkul pingat pada temasya Sukan SEA di Vietnam, ia pasti menarik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.