Bayi maut dilanggar bas sekolah

Bayi maut dilanggar bas sekolah

BAS sekolah yang melanggar bayi di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. - IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Luluh hati seorang kakak apabila terpaksa mengeluarkan adik perempuannya dalam keadaan lemah longlai dari bawah badan bas sekolah selepas bayi berusia 16 bulan itu dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian, dekat sini, tengah hari semalam.

Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Salak Tinggi akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa dikatakan dilanggar bas berkenaan ketika cuba mengekori kakaknya menaiki bas itu ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tanpa disedari mengekori kakaknya menuju ke arah bas sekolah itu sebelum dilanggar.

Beliau berkata, pemandu bas menyedari kejadian itu selepas menyedari melanggar sesuatu sebelum mendapati ada bayi di bawah badan bas.

“Mangsa dibawa keluar oleh kakaknya sendiri dari bawah badan bas sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.

“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, siasatan mendapati, bayi berkenaan dijaga neneknya ketika kejadian itu.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya menahan pemandu bas berusia 50 tahun itu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya