53,741 pelajar bantuan persekolahan YPM

53,741 pelajar bantuan persekolahan YPM

MAHDZIR Khalid (kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Padang Tetap, Kedah, hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyalurkan bantuan persekolahan kepada 53,741 pelajar di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta pada tahun lalu. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan tersebut disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu.

“Skim bantuan itu adalah ‘one-off’ dalam bentuk kewangan, barangan dan kelengkapan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Aidilfitri Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 pelajar turut menyampaikan bantuan persekolahan tersebut sebanyak RM100 setiap seorang.

Sementara itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, seramai 4,126 pelajar di negeri ini menerima bantuan persekolahan tersebut  setakat  12 Mei tahun ini.

Katanya, bantuan tersebut pula membabitkan peruntukan sebanyak RM197,400.

“Dalam tempoh tersebut, seramai 214 pelajar di Padang Terap tidak ketinggalan menerima bantuan itu dengan jumlah sebanyak RM36,412,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya