49 warga Myanmar gagal bolosi Malaysia

49 warga Myanmar gagal bolosi Malaysia

SERAMAI 49 PATI  warga Myanmar yang ditahan di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah, semalam. - FOTO/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya memberkas 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini semalam.

Menurut kenyataan 2 Divisyen itu, kesemua mereka ditahan di kawasan Ladang Getah sektor Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi apabila Tim Serang dan Tangkap (Serkap) melihat sekumpulan orang awam yang keadaan mencurigakan berjalan kaki merentas sempadan negara.  Anggota bertugas bertindak menahan kesemua orang awam tersebut seramai 49 PATI,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan cuba menyeludup masuk itu berumur di antara 15 hingga 48 tahun terdiri daripada 37 lelaki dan 12 perempuan. Turut dirampas ialah  37 telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia, Thailand dan Myanmar dan dua beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM15,878,” katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan cuba menyeludup masuk itu berumur di antara 15 hingga 48 tahun terdiri daripada 37 lelaki dan 12 perempuan. Turut dirampas ialah  37 telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia, Thailand dan Myanmar dan dua beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM15,878,” katanya.

Menurutnya,  PATI berkenaan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. 

“Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya