300 Pemuda Pas Kemaman keluar parti sokong UMNO - Utusan Malaysia

300 Pemuda Pas Kemaman keluar parti sokong UMNO

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 300 Pemuda Pas Kemaman didakwa keluar parti dan menyertai UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua mereka sudah mengisi borang keahlian dan akan diserahkan kepada Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis khas di Kemaman tidak lama lagi.

Menurut beliau, selain kumpulan belia itu, beberapa orang kuat Pas dari Marang turut menyatakan sokongan kepada UMNO, minggu lalu.

Malah, kita juga berjaya menubuhkan satu cawangan UMNO Padang Mengkuang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat di Marang yang 80 peratus kawasan itu adalah ahli Pas.

“Ini adalah petanda baik, jadi kita perlu bekerjasama dan seia sekata untuk memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) UMNO Terengganu bangkit dan kembali memenangi negeri ini,” katanya dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Marang yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mendakwa pembangunan di Terengganu sudah jauh ketinggalan sepanjang di bawah pemerintahan Pas.

Bahkan, katanya, kepemimpinan Pas negeri ini juga didakwa melakukan banyak penyelewengan dan salah guna kuasa secara terbuka.

“Insha-Allah selepas Syawal saya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beberapa pemimpin tertinggi Pas Terengganu dipercayai menyimpan jutaan ringgit dalam bank di Kuala Lumpur.

“Sebab itu sekali lagi saya minta kita berubah, sesiapa sahaja calon pucuk pimpinan parti, kita mahu seia sekata dan beri sokongan kepada UMNO-BN,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya