ALOR SETAR: Lebih 200,000 penduduk di daerah Kota Setar dan Pokok Sena di sini mengalami gangguan bekalan air selepas ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Terusan Tengah, Pelubang pecah kelmarin. Gangguan itu menyebabkan aktiviti harian penduduk terjejas hingga terpaksa mencari pilihan lain bagi mendapat bekalan air untuk kegunaan harian. Nor Bahyah Mustaffa, 56, dari Taman Baharu, Pokok Sena berkata, ketiadaan bekalan air sejak petang kelmarin menyebabkan dia tidak dapat…