Timbalan Mufti WP ketuai cerapan anak bulan di Putrajaya - Utusan Malaysia

Timbalan Mufti WP ketuai cerapan anak bulan di Putrajaya

AHLI Jawatankuasa Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan Hilal Ramadan 1443H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses cerapan hilal atau anak bulan bagi Ramadan 1443H peringkat Putrajaya di sini hari ini dipimpin sendiri Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan.

Cerapan secara rasmi bermula pukul 7.21 malam atau tiga minit awal sebelum masuk waktu Maghrib bertempat di anjung aras tiga Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Beliau turut dibantu ahli jawatankuasa melihat anak bulan Wilayah Persekutuan antaranya Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan, Datuk Mohammad Abdullah.

Turut menyertai program cerapan tahunan itu ialah ahli falak, Datuk Dr. Azhari Mohamad dan Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Safina Zainal; Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuala Lumpur/Putrajaya, Saiful Wazlan Wahab serta Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Putrajaya, Mastuyah Sahari.

Berdasarkan analisis data cerapan di Putrajaya, anak bulan hanya berusia lima jam tujuh minit manakala tempoh hilal iaitu kedudukan atas ufuk atau kaki langit barat pula 11 minit.

Menurut kriteria imkanur rukyah atau kebolehnampakan hilal yang mula digunakan secara rasmi di Malaysia pada tahun lalu, ketinggian bulan mestilah tidak kurang tiga darjah.

Sementara jarak lengkung antara bulan dan matahari di ufuk pula ditetapkan enam darjah empat minit, sekali gus anak bulan itu dianggap tidak sempurna atau kelihatan di Putrajaya.

Terdapat 29 lokasi cerapan hilal di seluruh negara termasuk tiga di Wilayah Persekutuan iaitu PICC, Menara Kuala Lumpur dan Menara Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya