Suami isteri antara lapan individu ditahan edar ganja

Suami isteri antara lapan individu ditahan edar ganja

DADAH jenis ganja yang dirampas dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri antara lapan individu warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Hasil penahanan kesemua suspek itu, dadah jenis ganja seberat hampir 7.5 kilogram dianggarkan bernilai RM41,550 turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, semua suspek yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita itu berusia 19 hingga 40 tahun.

Tangkapan pertama dilakukan terhadap sepasang suami isteri hasil serbuan di tepi Jalan Robertson Bukit Bintang pada pukul 4.10 petang dan merampas dadah jenis ganja seberat 1,893 gram.

Kata beliau, hasil soal siasat ke atas pasangan terbabit membawa kepada penahanan lima lelaki dan seorang wanita melalui dua serbuan di sekitar Lembah Klang dan merampas dadah jenis ganja seberat 5,588 gram.

“Sindiket ini dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan dipercayai aktif sejak November tahun lalu.

“Saringan awal air kencing ke atas semua suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Noor Dellhan, jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 14,962 penagih.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1985 dan semua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula pada hari ini (2 April) hingga 8 April.

“Orang ramai dinasihati agar tidak terbabit dengan pengedaran atau penagihan dadah dan menyalurkan sebarang maklumat kegiatan dadah dan jenayah kepada Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-221159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya