Senyap di media sosial, Siqma sibuk berniaga

Senyap di media sosial, Siqma sibuk berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer muda, Siqma mengakui kebelakangan ini kurang aktif di media sosial kerana memberi sepenuh tumpuan pada perniagaan dan projek lagu baharunya.

Jelas Siqma, dia kini sedang menjalankan perniagaan Baju Melayu Wak Doyok sejak awal Ramadan ini.

“Ya tahun ini memang saya agak kurang aktif di media sosial kerana sibuk sedikit dengan menyiapkan lagu terbaharu saya yang berjudul Bintang.

“Selain itu, saya juga sudah mula aktif semula dengan perniagaan untuk bulan puasa ini dan ada buka booth di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dari 22 hingga 25 April ini, singgahlah membeli-belah disini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Siqma berkata demikian ketika ditemui di Absalute Raya di Mitec, semalam.

Mengulas mengenai single terbaharu, Siqma atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 29, berkata, lagu yang menampilkan Afif Tirmizie bakal dikeluarkan pada awal Jun depan.

“Insya-Allah saya akan keluarkan lagu terbaharu dalam awal bulan Jun tahun ini. Harapan saya semoga lagu ini dapat memenuhi kehendak telinga pendengar nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya