Sejam setengah kejar Proton Exora bawa 13 PATI

Sejam setengah kejar Proton Exora bawa 13 PATI

ANTARA PATI warga Myanmar yang ditahan polis ketika menaiki Proton Exora di kawasan kelapa sawit di Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis mengambil masa satu jam setengah mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang membawa 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar sebelum menahannya di Pasir Puteh, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Proton Exora terbabit dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan bulatan Lemal, di sini pada pukul 6 pagi namun pemandunya enggan memberhentikan kenderaan selepas diarahkan pihak berkuasa.

Difahamkan, suspek memecut laju kenderaan tersebut menuju ke Pasir Puteh, memaksa polis mengejar mereka dengan bantuan peronda dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, Proton Exora terbabit akhirnya ditahan di satu kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Linang, Pasir Puteh pada pukul 7.30 pagi.

“Empat PATI warga Myanmar berusia dalam lingkungan 21 hingga 33 tahun termasuk seorang wanita yang menaiki kenderaan terbabit ditahan polis.

“Sementara itu, seramai 10 individu lagi termasuk pemandunya seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan sempat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, usaha mengesan kumpulan PATI dan tekong darat yang lolos itu sedang giat dijalankan ketika ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya