Sambutan Hari Raya lebih ceria dan selamat dengan Nippon Paint

Sambutan Hari Raya lebih ceria dan selamat dengan Nippon Paint

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, bukan sahaja anda perlu melindungi diri dari virus dan bakteria, malahan tempat kediaman terutama bahagian dalaman juga perlu bersih dan selamat selain tampil dengan sentuhan warna baharu agar menampilkan suasana ceria dan anggun kepada tetamu sempena sambutan Hari Raya.

Sebagai jenama cat No. 1 di Malaysia dan Asia, Nippon Paint sentiasa berusaha bukan sahaja untuk mewujudkan ruang dalaman rumah yang indah lagi berseri tetapi juga selamat daripada virus dan bakteria.

Di dalam usaha syarikat menerajui kesihatan dan kesejahteraan ruang dalaman supaya selamat didiami, Nippon Paint Malaysia (NPM) telah melancarkan rangkaian cat Anti-Viral dan Anti-Bakteria yang dicipta khusus bagi memastikan dinding dalaman kita lindungi daripada virus dan bakteria.

Rangkaian salutan cat ini termasuklah VirusGuard, Spot-Less Plus dan Vinilex Fresh Plus. Ia dirumus dengan Teknologi Ion Perak yang terbukti secara saintifik melaui laporan ujian makmal oleh Antimikrop R&D dan Makmal Analisis Biosidal, dapat menyekat 99.9% virus dan bakteria berbahaya, termasuk Covid-19 (SARS-COV-2).

Salutan cat mesra alam ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang menarik dari Koleksi Trend Beyond Colours 2022/23 dan sangat disyorkan untuk kegunaan di mana-mana ruang dalaman rumah sempena sambutan Raya ini .

Koleksi in terdiri daripada empat (4) tema utama iaitu Revive, Restore, Reconnect and Reflect.

Tema Revive

(Dari kiri ke kanan) Dark Green NP AC 2119A; Old Mat NP BGG 1703T

Kembalikan aura alam semula jadi ke dalam ruang rumah anda dengan menghubungkan warnawarna untuk keharmonian rohaniah dengan warna Dark Green, Green Point dan Froggy Leaf.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Dark Green NP AC 2119A; Lemon Zest NP YO 2523P

Cerahkan Raya ini dengan sentuhan rona lembut keemasan Old Mat, Lemon Zest, dan padankan dengan kehangatan warna Roxbury Brown yang mewah dan anggun.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Lemon Zest NP YO 2523P; Green Point NP BGG 2596T

Tema Restore

Warna Santai yang menenangkan dari Restore dapat memulihkan kesejahteraan dan kesihatan diri dengan ruangan warna semulajadi pada musim Hari Raya dengan warna Vintage Vase, Ivory Stone dan Ash White.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Evasive Yellow NP BGG 1719P; Vintage Vase NP R 2386P; Ivory Stone NP OW 2193P

Pilihan warna yang tenang dan lembut ini dapat memberi keindahan suasana yang kontemporari dan tenteram kepada tetamu semasa sambutan Raya dengan warna Dark Horizon, dan Chic Gray.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Dark Horizon NP N 3392D; Vintage Vase NP R 2386P

Tema Reconnect

Raya adalah masa untuk menyambut keriangan bersama. Ciptakan suasana rumah yang ceria dan harmoni dengan warna-warna seperti Dried Palm, Green Gable dan Soulmate yang memberi senyuman untuk beramah mesra bersama.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Dried Palm NP BGG 1721T; Zinnia Scent NP R 1284P; Blue Star NP PB 2819T

Anda juga dapat mengubah bilik anda dengan warna seperti Picket Fences, Watermelon Lolly dan Blue Star untuk memancarkan aura optimistik dan tenang, sesuai untuk berkumpul dengan ahli keluarga. 

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Picket Fences NP BGG 1712P; Dried Palm NP BGG 1721T; Watermelon Lolly NP R 2369A

Tema Reflect

Bawalah detik- detik kemewahan dan kenggunan dengan Capitol’s Gold, Rosy Dreams, dan Plaster White. Dengan warna kehangatan lembut dan sentuhan berkilat, rona ini memberi inspirasi kepada detik-detik kegembiraan.

(Dari kiri ke kanan) Truffle Dip NP N 3176T; Capitol’s Gold NP YO 1169D

Keanggunan Raya, menjadi lebih mewah dengan warna Beauty Cream , Truffle Dip dan Sedona Stones dan yang direka khas untuk menyerlahkan cahaya di ruangan anda dengan menyerikan lagi suasana Hari Raya di ruangan rumah.

nippon paint
(Dari kiri ke kanan) Wind Glider NP BGG 2733P; Capitol’s Gold NP YO 1169D

Di samping itu, anda juga boleh menyelami diri anda di lautan biru dan mencipta ruangan yang penuh ketenangan dengan Far and Beyond, Wind Glider dan Plaster White yang merangkumi dunia alam semula jadi.

(Dari kiri ke kanan) Plaster White NP N 3173P; Capitol’s Gold NP YO 1169D

Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Antivirus dan Antibakteria Nippon Paint dan koleksi Trend Beyond Colours 2022/23 sila layari https://www.nipponpaint.com.my https://www.virusguard/keepingeveryonesafe.com.my/ https://colourtrends.nipponpaint.com.my/ atau hubungi talian 1800-88-2663

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya